Menteri Kanan Pertahanan , Datuk Seri Ismail Sabri melalui
sidang media hari ini memaklumkan bahawa pekerja-pekerja di sektor awam dan
swasta bahagian pengurusan dan pengawasan di Zon Merah diarah bekerja dari
rumah berkuat kuasa pada 22 Oktober.
“Mesyuarat hari ini telah pun memutuskan bahawa
pekerja-pekerja di sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan
pengawasan tidak perlu hadir ke pejabat dan mereka boleh bekerja dari rumah
“Ini bagi mengurangkan pergerakan pekerja yang terpaksa
bekerja kerana kilang-kilang dibuka seperti biasa di Selangor, Wilayah
Persekutuan dan Sabah.
“Untuk memutuskan rangkaian COVID-19 di kawasan PKPB ini,
kita mengurangkan pergerakan pekerja. Difahamkan dengan keputusan ini, 1 juta
pekerja dapat dikurangkan daripada bekerja di pejabat dan juga sektor-sektor
industri dan perkilangan” katanya.
Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian bagi proses kerja
yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam
urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan.
“Saya mengarahkan supaya majikan-majikan mengeluarkan surat
pelepasan bagi pekerja-pekerja untuk bekerja dari rumah,” ujarnya lagi.
Tambahnya, arahan bekerja dari rumah ini akan berkuatkuasa
bermula pada 22 Oktober.
Perincian mengenai jenis pekerjaan, prosedur operasi
standard dan sebagainya akan dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam waktu yang terdekat.
No comments:
Post a Comment