Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
menerusi kenyataan media hari ini menjelaskan mengenai sektor ekonomi disaran
untuk mempertingkatkan amalan bekerja dari rumah bagi kakitangan pengurusan dan
penyeliaan.
Menurut kenyataan yang dikongsikan oleh Bernama TV,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memandang serius
gesaan KKM yang menasihati orang ramai untuk terus berada di rumah supaya dapat
flatten the curve dalam masa terdekat.
“Jumlah pekerja yang berdaftar dalam sektor pembuatan,
perkhidmatan dan pembinaan di Sabah, Labuan, Kuala Lumpur, Selangor dan
Putrajaya adalah seramai 3.1 juta orang,” kata kenyataan tersebut.
Daripada jumlah pekerja di atas, maklum balas yang diterima
daripada industri, seramai 776, 135 orang pekerja atau 25 peratus adalah
pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan. Kumpulan ini diwajibkan untuk
menjalani BDR bermula 22 Oktober 2020 selaras dengan keputusan MKN.
Pun begitu, MITI juga bersetuju untuk membenarkan maksimum
10 peratus pekerja merangkumi antaranya tugasan yang melibatkan perakaunan,
kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT untuk berada di pejabat
yang dihadkan selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3
hari seminggu.
Syarikat-syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan bagi
tujuan ini. Majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi
setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB. Majikan perlu
menetapkan garis panduan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang bersesuaian mengikut
keperluan syarikat masing-masing.
Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengarahkan pekerja
sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan perlu bekerja
dari rumah berkuatkuasa 22 Oktober ini.
Arahan tersebut melibatkan pekerja di kawasan zon merah PKPB bagi mengurangkan pergerakan sekaligus memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Sumber : BERNAMA
No comments:
Post a Comment