Gara-gara gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang menyerang
negara pada ketika ini menyebabkan kerajaan memberi Bantuan Prihatin Nasional
fasa ketiga buat golongan B40 dan M40 yang berkelayakan.
Lapor Malaysia Gazette, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak telah mengemukakan cadangan untuk kerajaan memberi tambahan
sebanyak RM1,000 kepada seramai 737,797 rakyat Sabah yang berjaya menerima
Bantuan Perihatin Nasional (BPN) sebelum ini.
Kes Covid-19 tertinggi direkodkan di Sabah
Cadangan ini adalah disebabkan Sabah merupakan negeri yang
paling terkesan dalam gelombang ketiga Covid-19 ini. Lebih daripada 70% kes
yang direkodkan di seluruh negara adalah dari Sabah.
Disebabkan peningkatan kes ini, Sabah kini diletakkan dalam
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Malahan, terdapat juga beberapa daerah di Sabah sudah
dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 3 minggu
yang lalu.
Menurut kepada situasi Covid-19 yang terkini, bekas Perdana
Menteri itu menjangkakan bahawa PKPB dan PKPD akan dilanjutkan lebih lama lagi.
Hal ini akan menyebabkan rakyat Sabah terutama golongan B40
dan M40 yang terjejas terpaksa melanggar PKP untuk keluar bekerja sekiranya
bantuan lebih tidak diberikan.
Sejajar dengan pelanggaran PKP ini, penularan Covid-19 di
Sabah tidak akan berhenti dan negara akan terus mencatat jumlah kes Covid-19
yang lebih tinggi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment