Sejak minggu lalu, kes CVID-19 yang dicatatkan di negeri
sabah semakin meningkat secara mendadak dari hari ke hari sekaligus menimbulkan
kebimbangan. Malah, bantuan sukarelawan dan ramai frontiliners ke Sabah demi
melawak wabak berkenaan.
Termasuklah wanita ini, Siti Nurjannah Abu Bakar yang
merupakan seorang jururawat yang membuat keputusan sukar menawarkan diri
berkhidmat di Sabah dan perlu meninggalkan lima orang anak dan suami demi
berbakti untuk negara.
Menurutnya, ia bukan satu keputusan yang mudah apatah lagi
perlu meninggalkan keluarga. Nurjannah turut kesal apabila ada yang menudhnya
mahu mengejar elaun semata-mata serta melabelkan dirinya seorang yang bodh.
Meninggalkan anak 5 dan suami untuk berbakti pada negara sebenarnya bukan keputusan yang mudah…mana mungkin seorang isteri dan seorang ibu sanggup meninggalkan keluarga jika untuk berseronok..
Ya, memang ada mulut-mulut mengatakan aku BODH sebab serah
diri ke tempat yang sememangnya diketahui sebagai RED ZONE, ada juga mengatakan
seronok sebab akan dapat elaun yang banyak yang aku sendiri tak faham
maksudnya.
Tapi aku tak kisah..bagi aku,tujuan aku pergi semata-mata
kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan-rakan seperjuanganku yang
lain..selain aku dapat menimba pengalaman di tempat orang..ye la nak jadi
askar, pegang senap4ng aku tak layak..jadi ini saja la bakti aku pada
negara..melawan musvh yang tak nampak di mata.
Membaca mesej yang diberikan oleh cikgu pra pada aku,
membuatkan aku menangis..sungguh hati seorang ibu sangat mudah tersentuh bila
berkaitan anak..
Meskipun bertugas sebagai frontliner namun Nurjannah akui
bimbang jika dijngkiti wabak tersebut. Namun, tidak disangka-sangka selepas 18
hari berkhidmat, dia telah disahkan positif C0VID-19.
Dan hari ini, setelah 18 hari aku di bumi Sabah..aku disahkan positif C0vid-19..Benda yang aku paling tak jangka, yang aku tak pernah mimpi, yang aku takvti, terjadi jua….
Rasa down? Speechless? Menangis la aku sepuas hati tadi
selepas dapat keputusan yang paling aku tak jangka.. Namun menyesal tidak
sekali..aku tau perancangan Allah lebih baik..Allah sayang aku dan keluarga aku
sebab tu macam-amam Allah uji aku.
Aku berdoa agar aku cepat sembuh dan dapat jumpa semula
keluarga aku..terima kasih pada keluarga, rakan, orang-orang atasan yang call
dan wassup kata-kata semangat pada aku..sungguh sangat bererti doa kalian pada
aku..
Namun, Nurjannah berkata dia reda di atas ketentuan Allah
dan tidak menyesal dengan keputusannya untuk berkhidmat di Sabah. Ujarnya, dia
kini berdoa agar segera sembuh supaya dapat bertemu semula dengan anak-anak
serta keluarganya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih!!
Sumber : Teh Tarik.Kaw
No comments:
Post a Comment