ALOR GAJAH: Semua pemimpin parti komponen Perikatan Nasional
(PN) diseru memperkasa hubungan dan bekerjasama dengan ikhlas serta telus untuk
menstabilkan politik negara agar dapat terus mentadbir urus Malaysia selepas
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohd
Redzuan Md Yusof berkata konsistensi itu penting kerana rakyat sentiasa menjadi
'mata' dan 'telinga' perkembangan politik negara dan mereka mengharapkan yang
terbaik untuk Malaysia dalam semua aspek khususnya pentadbiran serta ekonomi.
"Rakyat telah memberi mandat untuk kita mengurus tadbir
negara dengan baik... jadi kena ada peningkatan. Kalau kita terus berpecah,
bagaimana kita hendak mengurus dasar sedia ada.
Sumber :astro awani
No comments:
Post a Comment