Kuala Lumpur,
23 Oktober 2020 - Polis tidak akan menghalang atau menahan mana-mana individu
yang mahu ke tempat kerja selagi mereka menunjukkan kad kerja atau surat
pengesahan majikan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).
Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, CP
Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, sekiranya pekerja menunjukkan kad kerja
atau surat majikan, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah.
Bagi pekerja
dari dalam daerah yang sama, mereka tidak pelu mengemukakan surat majikan atau
pas pekerja. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan
Terbang Antarabangsa mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis DIraja
Malaysia (PDRM)
Borang permit
pergerakan perintah kawalan pergerakan bersyarat boleh dimuat turun menerusi
https://www.rmp.gov.my/.../borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf
Atau dapatkan
di balai-balai Polis berdekatan
Sumber Berita Harian
No comments:
Post a Comment