LANJUTAN TEMPOH PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI SELURUH NEGERI SABAH - BERITA TERKINI

Breaking

Saturday, October 24, 2020

LANJUTAN TEMPOH PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI SELURUH NEGERI SABAH

 



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin merujuk pengumuman YB Menteri Kanan Pertahanan berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah dari 27 Oktober 2020 hingga 9 November 2020.

Selaras dengan pengumuman pelanjutan tempoh PKPB, kesemua institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional, dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di negeri Sabah akan terus ditutup sehingga 9 November 2020.

Pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.


No comments:

Post a Comment

Maklumat Tambahan